Thursday, 21 July 2011

Ingatan !

Assalam... mood: rindu yang melampau-lampau !




Sudah 2-3 menjak aku rasa sperti lelah utk hidup. kadang terasa mau mati saja, tapi juga tdak sanggup kerana aku msh tdak merasakan yang diri ini layak bersama-Nya. Aku jadi terasa penat utk terus berfikir. Aku cuba menjadi yang terbaik dalam melupakan segala hal-hal lepas, namun masih tiada upaya. Selagi aku ada - bernafas didalam kediaman ini, aku akan tetap sama... Lemah - Lelah - dan terusan Letih ! Itulah aku ~

Minggu lalu aku demam teruk. Dr suspect Denggi. Aku buat bodoh saja. Walau sgala lendiran2 keluar meletus2 aku tetap biarkan. Bersadai diatas katil, melewati dinding dan siling yang putih suci dan bersih, berhari-hari didalam kamar penjaraku. Nasib tidak gila. Nasib juga masih waras. Pohonku, jangan skrg aku ke tg. Rambutan. juga bukan esok lusa- smpai bila-bila :') Ketika itu, ingatan aku cuma kearah nya - Allahyarham Muhd Firdaus .. sekuat apa pun aku mencuba aku masih terus terikat akan bayang-bayangnya.. aku sprti tdak bisa lari. Mungkin terlalu awal utk aku leraikan ikatan ini, yang masih teguh,kukuh dan kuat. Aku berharap ikatan hitam ini akan segera terlerai... aku phon cepatlah kau rapuh.. perasaan ku, hatiku tolong bantuin aku.. aku mohon, retakkan ikatan hitam yg terus membuat bayang-bayangnya terikat bersamaku. Mohon segerakan. aku tidak sanggup :'(

Semasa sakit terasa sungguh derita. Kalau dia masih ada, pasti hari-hari deritaku ini dipenuhi dgn makanan kesukaanku. Tidak terlepas juga bubur dan dadih yang dia buatkan utk aku. Kata-katany yg setiap masa aku gelakkan.. mmg aku jahat. Bila dia menasihati tak pernah aku peduli. Kebiasaanya aku akan ketawa. Kerana dia mengalahkan nenek aku. Bisingnya, risaunya, melebihi segalanya. aku? No feeling pun. Sellu mngada-ngada utk daptkan McD, satey, Milo, KepC dan semua benda-benda mahal. Dia ? tak pernah mengeluh... (itu yang paling aku suka...) aku rindu ... tersangat rindu.



Ada satu perkara yg smpai skrg kalau aku ingati akan sllu menerbitkan rindu-airmata dan tangisan,ops ! bukan aku saja, tapi kami semua, yg mngenali dia di asramaku, - UBI KENTANG. Ada apa dgn ubi kentang ni? okey, ubi kentang ni actually makanan wajibku. Tiap minggu mesti ada rasa mngidam mau makan kentang goreng buatan sndri. Almaklumlah, tgn sndri lagi sdap, sbb suma perisa kita campak saja dalam kuali- Mengikut nafsu dan selera sndri. wah ! tapi ada 1 hal , yg sllu buat aku naik angin+membebel. Apa? sebab arwah ni selalu sja beli ubi kentang yg dh rosak.. 1000 kali pesan, 1000 kali ingatkan dan 1000 kali beli pun , tetap yg smpai padaku adlh kentang yg sdh rosak. Dan aku-perempuan yg sejati ini, pastinya akan membebel-bebel smpai cair telinga org yg mndgr. Org rumah aku ni pun tak tahan, alih-alih aku yg kena marah sbb tak bersyukur. Aku bengang. 1000kali juga cari hp, telefon edos.. minta dia naik balik g ats dan tukar.. Teruk x aku? - sgt teruk ! Tapi yang bestnya, arwah Edos tak pernah marah.. xpernah nak mngeluh. Senyum jew.. sbb die mmg tak reti nak marah. Pelik kan? ade jugak org mcm ni yg wujud kat dunia. Member die sllu ckp kat aku, bnyak-bnyk laki, Edos la lelaki plg pelik kt dlam dunia. Bese r laki, kalo ade org cri gadoh ckit pantang terus nk g tumbuk ke trajang bagai. tapi edos? Die akan senyum balik kat org uh. pastu die lak yg leh minta maaf kat laki jahat uh... Perh...Die mmg baik. sngat2 baik. (bukan nak memuji,tapi itulah dia) Miss you ! 

Teringat jugak kat kak gayah, budak pompuan klas die - pernah gtau, laki paling sng nak berurusan adalah ngan edos. apa-apa tugasan, kerja yang diberikan tak pernah bertangguh. Terus sja dia siapkan.. ayah dia lak pena cakap, Edos ni kalo minta duit nak bayar yuran, yuran harga 3455.00, 3455 la jugak yg dia minta.. xde tmbah sesen, xde kurang sesen.. Jujurnya kan? Thats y la kami teda jodoh, sbb sye sgt2 tak layak utk dia. Dia sgt baik.. dan smpai sekrg kebaikanya msih diperkatakan org. Kadang terasa sgt pilu. tapi dikuatkan juga hati utk terus hidup. Saya tahu Dia lebih tenang disana. Dia layak :) dia punya akhlak Al-quran, kerna Al-quran ada bersamanya. Kalau tidak, masa kan, hari pemergianya tersangat ramai org yg dtg menziarahi. Tidak cukup 2-3 khemah ditambah lagi. Surau penuh dgn org-org yg dtg mengasihinya. Kawan-kawan lakinya mnangis-memeluk jenazahnya tanda tersangat sayang. dan aku? hanya mampu duduk sebelahnya dan melihat sahaja.. ada hikmahnya semua ini. aku percaya. dan aku redha... Moga Allah kuatkan hatiku utk terus melawan hari :) Insya'Allah amin..


Al-Fatihah utk Allahyarham Muhd Firdaus Bin Mustapa Kamal


P/s to Pakcik, achik (mak ayah arwah) dan seyha (adik arwah) ,kak nurul (kakak arwah) :


Thanx sebb selalu ada utk farah. Tidak pernah abaikan farah walau Edos dah takde. Selalu bawa Farah jalan-jalan, tetap bawa farah balik kampung dan selalu care pasal Farah. Maaf sebab kita semua tak dapat jadik saudara-tiada ikatan-tapi kita tetap sekeluarga kan? Sampai bila-bila ! sayang semua ! Terima kasih ~

 Sekian.

No comments: