Thursday, 14 July 2011

2 Bulan

Assalam~

sekejap an mase berlalu. lip lap tup tip dah genap 2 bulan , arwah Muhd Firdaus Mustapah Kamal meninggalkan  dunya-keluarga dan aku sndri. Sekuat apa-setegar apa aku cuba menggembirakan diri, aku tetap berada dalam kejatuhan-kesedihan yang msih memuncak-muncak. Tdak perlu air mata, namun hati yang berkecai2 ckup menyiksakan hari-hari yg dilalui tanpa dia. Hambar namun bingit dgn suara-suara kejatuhan - suara-suara air mata- suara-suara penyesalan. semua ini tetap terus berlegar2 d minda mahu sedaya apa pun aku cuba mngelak. aku mnusia biasa punya khilaf yang xterlepaskan. dunia ini terasa gelap walau matahari terus mnyinar. walau bulan terus bercahaya. kosong ! walau manusia terus bertambah-tambah, walau bngunan2 terus memacak2. 

Aku berharap, bla smpai masaku nanti, kita akan dpertemukan kembali. Engkau adalah cinta yg xkan aku lupakan smpai bila-bila. Memng kita xpunya jodoh, dan untuk itu aku cuba pasrah. masih mencuba. Aku rindukan semua ttg kau- Aku cuba pertahankan hati dan fikiranku agar memahami bahawa semua ini qadha dan qadarnya. namun ada seketika aku lalai dan hilang,.. buntuh dan celaru. bukan melawan takdir-apa pula daya ku- cuma hati xmampu menerima lagi. Jangn salah kan aku. aku masih mencuba. Aku berharap kau tenang disana ... bersama para soleh-solehin kerna aku tahu ko layak. kerna kau manusia yg baik hati-tdak punya musuh untuk menyakitimu-tdak pernah marah utk memblasmu-tdak pernah bengis untuk malaikat mnyambut hina. Terima kasih untuk cinta yg ikhlas dan jujur darimu.  Al-Fatihah ~

thanx ! :)

No comments: