Thursday, 21 July 2011

Ingatan !

Assalam... mood: rindu yang melampau-lampau !




Sudah 2-3 menjak aku rasa sperti lelah utk hidup. kadang terasa mau mati saja, tapi juga tdak sanggup kerana aku msh tdak merasakan yang diri ini layak bersama-Nya. Aku jadi terasa penat utk terus berfikir. Aku cuba menjadi yang terbaik dalam melupakan segala hal-hal lepas, namun masih tiada upaya. Selagi aku ada - bernafas didalam kediaman ini, aku akan tetap sama... Lemah - Lelah - dan terusan Letih ! Itulah aku ~

Minggu lalu aku demam teruk. Dr suspect Denggi. Aku buat bodoh saja. Walau sgala lendiran2 keluar meletus2 aku tetap biarkan. Bersadai diatas katil, melewati dinding dan siling yang putih suci dan bersih, berhari-hari didalam kamar penjaraku. Nasib tidak gila. Nasib juga masih waras. Pohonku, jangan skrg aku ke tg. Rambutan. juga bukan esok lusa- smpai bila-bila :') Ketika itu, ingatan aku cuma kearah nya - Allahyarham Muhd Firdaus .. sekuat apa pun aku mencuba aku masih terus terikat akan bayang-bayangnya.. aku sprti tdak bisa lari. Mungkin terlalu awal utk aku leraikan ikatan ini, yang masih teguh,kukuh dan kuat. Aku berharap ikatan hitam ini akan segera terlerai... aku phon cepatlah kau rapuh.. perasaan ku, hatiku tolong bantuin aku.. aku mohon, retakkan ikatan hitam yg terus membuat bayang-bayangnya terikat bersamaku. Mohon segerakan. aku tidak sanggup :'(

Semasa sakit terasa sungguh derita. Kalau dia masih ada, pasti hari-hari deritaku ini dipenuhi dgn makanan kesukaanku. Tidak terlepas juga bubur dan dadih yang dia buatkan utk aku. Kata-katany yg setiap masa aku gelakkan.. mmg aku jahat. Bila dia menasihati tak pernah aku peduli. Kebiasaanya aku akan ketawa. Kerana dia mengalahkan nenek aku. Bisingnya, risaunya, melebihi segalanya. aku? No feeling pun. Sellu mngada-ngada utk daptkan McD, satey, Milo, KepC dan semua benda-benda mahal. Dia ? tak pernah mengeluh... (itu yang paling aku suka...) aku rindu ... tersangat rindu.



Ada satu perkara yg smpai skrg kalau aku ingati akan sllu menerbitkan rindu-airmata dan tangisan,ops ! bukan aku saja, tapi kami semua, yg mngenali dia di asramaku, - UBI KENTANG. Ada apa dgn ubi kentang ni? okey, ubi kentang ni actually makanan wajibku. Tiap minggu mesti ada rasa mngidam mau makan kentang goreng buatan sndri. Almaklumlah, tgn sndri lagi sdap, sbb suma perisa kita campak saja dalam kuali- Mengikut nafsu dan selera sndri. wah ! tapi ada 1 hal , yg sllu buat aku naik angin+membebel. Apa? sebab arwah ni selalu sja beli ubi kentang yg dh rosak.. 1000 kali pesan, 1000 kali ingatkan dan 1000 kali beli pun , tetap yg smpai padaku adlh kentang yg sdh rosak. Dan aku-perempuan yg sejati ini, pastinya akan membebel-bebel smpai cair telinga org yg mndgr. Org rumah aku ni pun tak tahan, alih-alih aku yg kena marah sbb tak bersyukur. Aku bengang. 1000kali juga cari hp, telefon edos.. minta dia naik balik g ats dan tukar.. Teruk x aku? - sgt teruk ! Tapi yang bestnya, arwah Edos tak pernah marah.. xpernah nak mngeluh. Senyum jew.. sbb die mmg tak reti nak marah. Pelik kan? ade jugak org mcm ni yg wujud kat dunia. Member die sllu ckp kat aku, bnyak-bnyk laki, Edos la lelaki plg pelik kt dlam dunia. Bese r laki, kalo ade org cri gadoh ckit pantang terus nk g tumbuk ke trajang bagai. tapi edos? Die akan senyum balik kat org uh. pastu die lak yg leh minta maaf kat laki jahat uh... Perh...Die mmg baik. sngat2 baik. (bukan nak memuji,tapi itulah dia) Miss you ! 

Teringat jugak kat kak gayah, budak pompuan klas die - pernah gtau, laki paling sng nak berurusan adalah ngan edos. apa-apa tugasan, kerja yang diberikan tak pernah bertangguh. Terus sja dia siapkan.. ayah dia lak pena cakap, Edos ni kalo minta duit nak bayar yuran, yuran harga 3455.00, 3455 la jugak yg dia minta.. xde tmbah sesen, xde kurang sesen.. Jujurnya kan? Thats y la kami teda jodoh, sbb sye sgt2 tak layak utk dia. Dia sgt baik.. dan smpai sekrg kebaikanya msih diperkatakan org. Kadang terasa sgt pilu. tapi dikuatkan juga hati utk terus hidup. Saya tahu Dia lebih tenang disana. Dia layak :) dia punya akhlak Al-quran, kerna Al-quran ada bersamanya. Kalau tidak, masa kan, hari pemergianya tersangat ramai org yg dtg menziarahi. Tidak cukup 2-3 khemah ditambah lagi. Surau penuh dgn org-org yg dtg mengasihinya. Kawan-kawan lakinya mnangis-memeluk jenazahnya tanda tersangat sayang. dan aku? hanya mampu duduk sebelahnya dan melihat sahaja.. ada hikmahnya semua ini. aku percaya. dan aku redha... Moga Allah kuatkan hatiku utk terus melawan hari :) Insya'Allah amin..


Al-Fatihah utk Allahyarham Muhd Firdaus Bin Mustapa Kamal


P/s to Pakcik, achik (mak ayah arwah) dan seyha (adik arwah) ,kak nurul (kakak arwah) :


Thanx sebb selalu ada utk farah. Tidak pernah abaikan farah walau Edos dah takde. Selalu bawa Farah jalan-jalan, tetap bawa farah balik kampung dan selalu care pasal Farah. Maaf sebab kita semua tak dapat jadik saudara-tiada ikatan-tapi kita tetap sekeluarga kan? Sampai bila-bila ! sayang semua ! Terima kasih ~

 Sekian.

Monday, 18 July 2011

Tengahari ini !


Bosan. Mahu terus baca buku pelajaran, otakku makin pusing.Silap2 haribulan, aku mati disini juga. Pinar-pinar mata- membaca buku berisi fakta melulu!adoi. Ku alihkan perhatian ku sebentar,buka kotak khazanah ku yg paling kecil, selongkar2, akhirnya aku temukan buku yg bru 1/2 jalan ku baca... 


mngkin ketika aku berhenti men'dekod'kan karyanya, aku sudh setgah mati. mgkin juga ktika itu, medulla oblongata ku sdh tegang dan orgasm sebelum masanya. Aku tersyum girang, terus amik dan kubuka page terakhir sekali aku matikan penggunaan sereblumku memahami maksud dan terus mengingati - catatan .. Bogel Menuju Tuhan , mukasurat 44 ... "memilih dan dipilih" ! Huh. Best dan aku teruskan baca. sehingga kini ku msih mentelaah buku karangan pemuda yg xhensem tapi ada tarikanya sndri iaitu Zahiril Adzim-Tiada motif dalam penulisan ini. cuma sekedar ingin berkongsi kebosanan dan kecelaruan identiti di waktu tengahari yg bingar ini.


P/s: Kalo emang namanya buku pelajaran, 
mmg kin mngantuk dan pusing..
 kalo yg namanya buku enjoi-enjoian, 
komfem dibaca terus smpai habis.

Harap Ayam tak marah saya curang sekejap dgn bestfrenya Zahiril Adzim ya ayam !

Ilabyu Ayam , Aw-aw-aw.

Ayam - idol bha ini !
sekian !

tiada tajuk


saat waktu cuma kosong mengilhami
saat masa berputar cepat berisi duka
bersalut-salut air mata yg xterhenti
walau jernih tetap teserlah, terang
apa yg diminta penuh kekalutan
apa yg diucap penuh kehamburan
apa yg dikabulkan cuma kesakitan
apa yg diberikan cuma penghinaan
saat kau berputus asa
saat kau punah harapan
saat kau melupakaNya..
itulah apa yg kau inginkan ! 

*menulis dlm kekosongan dan jiwa sepi (ceyh) 

Sunday, 17 July 2011

Selamat Menempuh Alam Baru Kakak !



buatmu Kakak kesayangan… RAUDHATUL JANNAH BT JALIDAR aka omongomongankosong 



Kini kau sdh jadi milik dia FADHLI YUNUS, pasti kau bakal punya beban tgungjawab yg  luar biasa dri normalitinya. Jadilah isteri yg solehah, kerna dia layak memilikimu. Kau seperti bidadari kakak. Cantikmu luar biasa kerna tingkahmu yg sopan , kerna dirimu yg jujur punya cinta. Maka saat memandangmu aku tdak punya lain perasaan melainkan kasih… kerna itu jelas terpampang dlm seloka keayuanmu, senyumanmu. Maaf kakak, kerna aku tdak bisa menahan sedihku. Kini kau sudh jadi milik org lain. Harus ada pengecualian buat kami ~





Saat melihat ibu, aku tahu, ibu – eyul nurulcakapcakap – dan yg lain wujud rasa kehilangan. Walau aku bukan saudara kandungmu, aku tetap merasa kerna kita pernh jalani suka duka-tawa riang-pahit manis- bersama di satu kg terpinggir bernama Likas. Kenangan disana miliki specialnya sdnri. Terasa cepat putran masa- kini kau sdh menjejak kaki kea lam perkahwinan. Bgaimana mungkin aku mampu menahan kesedihanku, semuanya msih segar diingatan. Kakak ketahuilah , aku dan adik2 mu akan sellu mendoakan kebahagianmu. Kekallah smpai ke syurga.. ikhlas dariku.










KAK ODA !


Eyul @ nurulcakapcakap






Dgn adikku yg gendut !

Aku dan Ibu pengantin @ Ibu ku Juga !



sekian ! 

Saturday, 16 July 2011

Rindu~


Apabila rindu mula meniup lembut
hati mula meruntun jiwa
membisik cinta mengusik fikiran
melihat kenangan dihadapan diri
secebis-cebis

datang bercantum
melengkapkan cerita
semua ttg kita 

Termangu
ada yg sedih
cuba ku elak
namun sdh tertulis
tdak mungkin dpt ku padam

Tersenyum
ada yang gembira
cuba ku kecapi
namun sdh berlalu
tdak mungkin dpt kembali

Terkelu
ada yg tiba-tiba
cuba ku fahami
namun sdh temaktub
tidak mungkin dpt ku ubah

Apa yg ada
antara kita
adalah cuma kepunyaan kita

*sampai bila-bila cuma untuk kita

walau kau sdh tiada
mahu aku sdh menemani
tetap ianya milik kita
yg pernah mencipta 


*kerna itu wujud rindu

rindu utk terus mncipta
pelbagai lagi cerita
untuk djadikan kenangan 
utk hari-hari yg mndtg

aku rindu...
kau rindu?


Buat cintaku yg telah pergi : 
Al-Fatihah utk Muhd Firdaus bin Mustapah Kamal



Thursday, 14 July 2011

2 Bulan

Assalam~

sekejap an mase berlalu. lip lap tup tip dah genap 2 bulan , arwah Muhd Firdaus Mustapah Kamal meninggalkan  dunya-keluarga dan aku sndri. Sekuat apa-setegar apa aku cuba menggembirakan diri, aku tetap berada dalam kejatuhan-kesedihan yang msih memuncak-muncak. Tdak perlu air mata, namun hati yang berkecai2 ckup menyiksakan hari-hari yg dilalui tanpa dia. Hambar namun bingit dgn suara-suara kejatuhan - suara-suara air mata- suara-suara penyesalan. semua ini tetap terus berlegar2 d minda mahu sedaya apa pun aku cuba mngelak. aku mnusia biasa punya khilaf yang xterlepaskan. dunia ini terasa gelap walau matahari terus mnyinar. walau bulan terus bercahaya. kosong ! walau manusia terus bertambah-tambah, walau bngunan2 terus memacak2. 

Aku berharap, bla smpai masaku nanti, kita akan dpertemukan kembali. Engkau adalah cinta yg xkan aku lupakan smpai bila-bila. Memng kita xpunya jodoh, dan untuk itu aku cuba pasrah. masih mencuba. Aku rindukan semua ttg kau- Aku cuba pertahankan hati dan fikiranku agar memahami bahawa semua ini qadha dan qadarnya. namun ada seketika aku lalai dan hilang,.. buntuh dan celaru. bukan melawan takdir-apa pula daya ku- cuma hati xmampu menerima lagi. Jangn salah kan aku. aku masih mencuba. Aku berharap kau tenang disana ... bersama para soleh-solehin kerna aku tahu ko layak. kerna kau manusia yg baik hati-tdak punya musuh untuk menyakitimu-tdak pernah marah utk memblasmu-tdak pernah bengis untuk malaikat mnyambut hina. Terima kasih untuk cinta yg ikhlas dan jujur darimu.  Al-Fatihah ~

thanx ! :)

Tuesday, 5 July 2011

Bersiap-sedia !

Assalam ...
Mood:Takut - Ingat Mati :')

Hujan kuat, lebat dan menggerunkan. punya bunyi guruh,kilat yg memanah bumi. seram sejuk badan- mendengar sperti gempa berlaku. Cuak,senak dan sgalanya kecut. sejuk hingga aku sakit. Panas- hingga aku demam. Ini kehendakNya. Hari ini mngkin aku masih tersenyum dan tergelak riang, tiada siapa tahu esok aku dmana dan dlm keadaan apa. 2-3 menjak ini sungguh mati itu ada disekelilingku. dari cintaku Muhd Firdaus yg pergi scara tba-tba hinggalah minggu lalu, sahabatku-kawan sebilikku-pernah ketawa2 dgn ku, juga turut pergi meninggalkan kami-dunya-keluarganya. Gerun ! Dia (arwah Nur Ain Kamis) meninggal dlm keadaan yg tragis . Eksiden Motor. dan aku mendengar khabar itu dlm keadaan punah harapan~ 

aku tidak tahu bila masaku tiba. Aku jugak tdak tahu apakah daun suciku sudh gugur dri pokok suci di lauhul mahfuz. aku jadi kaget ! Terasa sungguh bahawa aku juga - dlm masa terdekat ini akan turut serta dgn mereka. aku gentar. Aku belum bersedia sbnrnya. Aku mahu mati dlm keadaan aku seorang penghafaz Al-Quran, atleast 1/2 ! :') aku tdak mahu mati sia-sia kerna aku pelajar , yg menuntut didalam bidang al-Quran. Aku tahu benar akan lebih dan hikmahnya ahli-ahli Quran. Aku mahu , ibu ku, keluargaku , dipakaikan jubah dan mhkotah cahaya diakhirat nanti. Amin ~


Dengan itu - aku sdh punya wasiat. siapa sangka mngkin esok aku sdh tiada. jadi bacalah wasiat cintaku dgn berhemah. kpd keluargaku, aku sorokkan pesanan itu di dalam buku kesukaan ku, "Bila Allah menduga kita" - karangan syed Alwi Alatas. Iloveu nenek,ummi, adik ,sayyidah, masnah, amin dan semua. :) wslam. 

(harap esok aku msih bernafas ) !

Hujan


Hujan lebat
tak pasti bila kan merintik
ada sekali petir 
kuat ! 
menderum-derum
aku takut
risau jika aku 
cuma tinggal 
detik ini saja

jiwaku mati ~ bergetar-getar !