Assalam...
Saya tidak butuh apa-apa ketika ini. Cuma perlukan sekuat rasa utk terus menjalani hidup sbgai seorang hamba-NYA. Kematian itu ada disekeliling kita, mahu kita sedar dan merasakanya atau terus mengabaikanya. Rugilah kita jika mati dalam sia-sia. Beruntunglah kita jika mati dalam keadaan bertaubat-beriman. Aku mahu seperti itu, sekurang-kurangnya Al-Quran ada di dadaKu. Amin J
Buat keluarga sahabat ku NurSyaedah Kamis, takziah untukmu dan sekeluarga atas pemergian Kakak tersayang, kak NurAin Kamis yang baru saja pergi meninggalkan kita semua, teman-temanya, sahabat-sabatnya, keluarga dan dunia . Ketahuilah sahabatku, Allah tidak akan mnguji diluar kemampuan hamba-hambaNYA. Kita yang masih hidup kuatkan hati dan teguhkan iman. Jangan dianggap ini satu musibah, tapi khabar kan lah ke hati mu, yang datang ini adalah satu hikmah yang patut kita syukuri. Sedih, memang sedih. Terasa tetap akan terasa. Tapi disudut hatimu , aku yakin ada suara malaikat berbisik, memberi kekuatan bahawa ini semua adalah yang terbaek, untukmu, untukku juga untuk kita semua. Benihkanlah rasa keimanan yg berputik menjadi tumbuhan segar, ketahuilah juga sahabatku bahawa ini adalah cara Tuhan berbicara denganmu. Rasakanlah kemanisan iman, jangan pulak dikotori dengan putus asa.Aku percaya kau kuat-keluargamu juga kuat. Dri jauh aku titipkan cinta untukmu melaluiNYA.
Persoalan ku (sehingga detik ini) :
“bgaimanakah mungkin kematian mendatangi aku?”
“adakah aku dalam keadaan beriman?”
“adakah aku dalam keadaan bersedia?”
dan....jiwaku masih bergetar!
"Milik Allah apa yang di ambil-Nya dan milik-Nya pula apa yang diberikan-Nya, dan segala sesuatu pada-Nya mempunyai jangka waktu tertentu. Dari ituhendaklah engkau sabar dan menabahkan hati" - Ucapan Takziah Rasulullah.
No comments:
Post a Comment