* Puisi yang belum sempat di publish kan. Kini di publishkan.
( Teringat la tuh... )
Diatas sekeping kertas
aku menulis sebuah perasaan
kekesalan yang tidak berbelah bagi
buat seorang teman yg jauh meratapi
menolak, membuang dan membenci
Maha Penciptanya
Aku mohon dari kejauhan
moga dia mendapat kasihan Tuhan
kini dan selamanya
Puisi tunggang terbalik ini
khas buatmu wanita
yang baru saja melahirkan
perempuan comel ke dunia fana
p/s : aku menulis ini , ketika fikiran melayang dalam segmen
" pandangan as-sunni terhadap Pluralisme"
seminar akidah dan kajian agama kebangsaan
yg berlangsung di USIM,Nilai.
Harap mereka mengerti betapa sulit fikiranku bekerja untuk menerima segala ilmu dalam keterbatasan perasaan yg berada dalam kerunsingan.
Buatmu perempuan yang baru sahaja menjadi wanita , 10 DEC 2011.
Tahniah :)
